Masalah penagihan rokok menjadi lebih kompleks untuk difahami apabila istilah yang digunakan tidak tepat atau mempunyai pentafsiran berbeza. Ketagihan pada rokok terbentuk dengan lebih cepat jika dibandingkan ketagihan pada arak atau dadah jenis lain. Golongan remaja yang sudah mula merokok sebanyak dua batang sehari mempunyai kebarangkalian 70% untuk menjadi perokok seumur hidupnya. Sehubungan dengan itu, mereka yang mula merokok pada umur yang lebih muda sering menjadi perokok yang lebih berat berbanding dengan golongan yang mula merokok pada umur lebih lewat.