Rawan Tiroid
Rawan tiroid terdiri daripada dua keping rawan lateral yang bercantum di anterior untuk membentuk halkum (Adam s apple).
Rawan Epiglotis
Rawan epiglotis berbentuk daun dan terletak di atas larinks. Semasa menelan, rawan epiglotis akan mencondong dan menutup pembukaan larinks untuk menghalang kemasukan makanan ke dalam tempat laluan udara.
Rawan Krikoid
Rawan krikoid berbentuk cecincin dan terletak pada aras tulang servikal ke 6. Bahagian inferiornya melekat pada cecincin pertama rawan trakea.