Respiratori
Farinks

 

Farinks

 

            Farinks atau tekak terdiri daripada tiub berotot kira-kira 12 hingga 13cm panjang. Farinks terletak di hadapan tulang vertebra servikal, dari aras dasar tengkorak ke atas tulang vertebra servikal ke 6 dan berterusan dengan esofagus. Farinks terdiri daripada otot rangka dan dilapisi oleh membran mukus. Bahagian paling atas farinks dikenali sebagai nasofarinks. Nasofarinks terletak posterior terhadap kaviti hidung dan berhubung dengannya melalui pembukaan hidung internal. Setiap dinding lateral mempunyai pembukaan untuk tiub auditori yang berhubung dengan telinga tengah. Dinding posterior banyak mempunyai tisu limfa yang disebut adenoid. Bahagian tengah farinks pula dikenali sebagai orofarinks dan terletak posterior terhadap kaviti oral . Di dinding lateral terdapat sekumpulan tisu limfa yang dikenali sebagai tonsil palatin dan di anterior pula tonsil lingual yang terletak pada dasar lidah. Bahagian paling bawah farinks ialah laringofarinks yang terletak posterior terhadap larinks.

 

Fungsi Farinks

 

Farinks menyediakan laluan semasa bagi udara yang keluar masuk dan juga makanan dan minuman yang ditelan. Selain itu farinks menyediakan ruang dengungan (resonasi) untuk bunyi percakapan dan tisu limfa di dindingnya memberi perlindungan daripada mikrorganisma yang masuk bersama-sama udara, makanan dan minuman.

 

 

 

Home

Bronkus | Trakea | Larinks | Paru - Paru & Laluan Udara | Hidung | Rawan | Farinks | Asma | Definasi Asma | Epidemiologi Asma | Pengkelasan Asma Berdasar Simptom | Ujian Fungsi Pulmonari | Faktor-Faktor Penyebab Asma | Gejala Asma | Pengawalan Asma | Merokok | Kandungan Asap Rokok | Spirometri | Keburukan Merokok | Keburukan Merokok Pada Orang Lain | Penagihan Rokok | Butir - butir peribadi saya | Laman Web Kegemaran | Hubungi Saya

Enter supporting content here