PENGENALAN SISTEM RESPIRATORI
Sel-sel yang hidup di dalam badan kita memerlukan oksigen untuk menjalankan aktivitinya dan menghasilkan karbon dioksida sebagai satu hasil akhirnya. Dua sistem yang membekalkan karbon dioksida ialah sistem kardiovaskular dan sistem pernafasan. Sistem pernafasan terdiri daripada hidung, farinks, larinks, trakea, bronkus dan paru-paru. Ungkapan trek pernafasan atas merujuk kepada hidung, farinks dan larinks apabila berlaku jangkitan pada bahagian ini, secara umumnya ia dikenali sebagai jangkitan trek pernafasan atas. Bagaimanapun jika jangkitan ini berlaku di bahagian bakinya, ia dikenali sebagai jangkitan trek pernafasan bawah.
Sel epitelium yang melapisi trek pernafasan mempunyai silium ( bersilium ). Silium dan filem nipis mukus yang melapisi membran mukus trek pernafasan memainkan peranan penting. Fungsinya adalah untuk memerangkap bahan asing yang kecil, termasuk bakteria dan menolaknya ke arah farinks. Silium menolong menghalang jangkitan pernafasan.