Respiratori
Definasi Asma

Definasi Asma

           Terdapat 10 definisi asma yang berubah dari 1959 sehinggalah 1995. Definisi asma yang pertama dihasilkan di Simposium Ciba pada tahun 1958, iaitu keadaan pesakit yang mengalami penyempitan saluran pernafasan yang berubah keparahannya secara spontan atau setelah diberi rawatan pada sela masa yang singkat dan ia bukanlah disebabkan oleh penyakit kardiovaskular (Woolcook 1997). Definisi yang sentiasa berubah ini  menggambarkan kesukaran yang dihadapi oleh pakar respiratori di dalam mencari difinisi asma yang sebenarnya universal. Ini disebabkan oleh pemahaman yang cetek berkenaan penyebab, sejarah semulajadi dan patogenesis penyakit asma (Kelly et al. 1996, Woolcook 1997).

 

            Definisi asma terkini yang diterima pakai umum dihasilkan pada tahun 1995. Ia menyatakan bahawa asma merupakan penyakit inflamasi kronik saluran udara di mana sel mast, eosinofil dan sel T memainkan peranan yang penting. Pada individu yang rentan, inflamasi tersebut menyebabkan episod bunyi bernafas seperti gesekan biola (wheezing). Simptom ini biasanya dikaitkan  dengan perubahan kadar pengaliran udara  melalui salur  pernafasan    yang berbalik   secara   spontan   atau setelah  diberi rawatan. Inflamasi tersebut juga mengakibatkan salur pernafasan lebih reaktif terhadap pelbagai jenis rangsangan (Global Iniative for Asthma,1995).

Home

Bronkus | Trakea | Larinks | Paru - Paru & Laluan Udara | Hidung | Rawan | Farinks | Asma | Definasi Asma | Epidemiologi Asma | Pengkelasan Asma Berdasar Simptom | Ujian Fungsi Pulmonari | Faktor-Faktor Penyebab Asma | Gejala Asma | Pengawalan Asma | Merokok | Kandungan Asap Rokok | Spirometri | Keburukan Merokok | Keburukan Merokok Pada Orang Lain | Penagihan Rokok | Butir - butir peribadi saya | Laman Web Kegemaran | Hubungi Saya

Enter supporting content here