Gejala atau tanda-tanda bagi penyakit asma adalah seperti berikut:-
1. Ketat dada ( perasaan seolah-olah paru-paru ditekan sesuatu ).
2. Sesak nafas ( pernafasan cetek serta sukar untuk bernafas).
3. Batuk berpanjangan di malam hari atau cuaca sejuk.
4. Pernafasan berbunyi apabila menghembus nafas (wheezing).
Serangan asma yang dialami tidak semestinya sama bagi setiap individu. Ada yang hanya mengalami salah satu daripada gejala tersebut di atas. Manakala ada yang mengadu kesemuanya. Biasanya gejala-gejala asma menjadi lebih teruk pada waktu malam. Serangan asma yang teruk boleh menimbulkan keadaan kecemasan dan mengganggu aktiviti harian.