Respiratori
Paru - Paru & Laluan Udara

Paru-paru   &  Laluan Udara

Laluan Udara
Keratan Rentas Peparu

Paru-paru

 

Paru-paru ialah organ berpasangan berbentuk kon yang terletak di dalam kaviti toraks. Paru-paru dipisahkan daripada pasangannya oleh jantung dan struktur lain. Permukaan paru-paru yang bertentangan dengan tulang rusuk membulat dan dikenali sebagai permukaan kostal. Di permukaan medial setiap paru-paru, terdapat permukaan yang dinamakan hilus, di sini bronkus, pembuluh pulmanori, pembuluh limfa, saraf  dan pembuluh darah bronkial menembusinya.

 

Laluan Udara

 

Laluan di hidung dan farinks mengubah suhu udara yang dibawa masuk agar suhunya hampir sama dengan suhu badan. Semasa laluannya, udara tersebut menerima sedikit wap air. Udara yang dihidu akan masuk ke dalam trakea, seterusnya akan melalui bronkus, bronkiol pernafasan dan duktus alveolus paru-paru. Di antara trakea dan alveolus, laluan udara membahagi sebanyak 23 kali. Enam belas generasi pertama laluan membentuk zon konduksi laluan udara dari luar dan dalam. Zon konduksi ini terdiri daripada bronkus, bronkiol, dan bronkiol terminal. Tujuh generasi seterusnya membentuk zon perubahan dan zon pernafasan yang menyebabkan berlakunya pertukaran udara dan ini terdiri daripada bronkiol pernafasan, duktus alveolus, dan kantung alveolus.

Home

Bronkus | Trakea | Larinks | Paru - Paru & Laluan Udara | Hidung | Rawan | Farinks | Asma | Definasi Asma | Epidemiologi Asma | Pengkelasan Asma Berdasar Simptom | Ujian Fungsi Pulmonari | Faktor-Faktor Penyebab Asma | Gejala Asma | Pengawalan Asma | Merokok | Kandungan Asap Rokok | Spirometri | Keburukan Merokok | Keburukan Merokok Pada Orang Lain | Penagihan Rokok | Butir - butir peribadi saya | Laman Web Kegemaran | Hubungi Saya

Enter supporting content here