Respiratori
Bronkus

Bronkus

Bronkus

 

Trakea berakhir dengan bercabang kepada bronkus primer kanan dan kiri pada aras tulang vertebra toraks ke-5. Cabang kanan menghala ke paru-paru kanan manakala cabang kiri sebaliknya. Bronkus primer terdiri daripada cecincin rawan yang tidak lengkap dan dilapisi oleh epitelium pserdostartum berselia. Apabila bronkus primer masuk ke paru-paru, bronkus ini mula bercabang kepada bronkus yang lebih kecil dan dikenali sebagai bronkus sekunder.  Bronkus sekunder akan terus bercabang kepada cabang-cabang yang lebih kecil, iaitu bronkus tersier  yang membahagi kepada bronkiol. Bronkiol bercabang pula kepada tiub yang lebih kecil yang dikenali sebagai bronkiol terminal. Trakea dan pencabangan yang berterusan menyerupai sebatang pokok dengan dahan-dahannya dan selalu dirujuk sebagai pepokok bronkus.

 

Fungsi Pepokok Bronkus

 

Fungsi pepokok bronkus adalah menyediakan tempat laluan bagi pengagihan udara yang dibawa masuk ke dalam paru-paru dan untuk mengeluarkan udara.

 

Home

Bronkus | Trakea | Larinks | Paru - Paru & Laluan Udara | Hidung | Rawan | Farinks | Asma | Definasi Asma | Epidemiologi Asma | Pengkelasan Asma Berdasar Simptom | Ujian Fungsi Pulmonari | Faktor-Faktor Penyebab Asma | Gejala Asma | Pengawalan Asma | Merokok | Kandungan Asap Rokok | Spirometri | Keburukan Merokok | Keburukan Merokok Pada Orang Lain | Penagihan Rokok | Butir - butir peribadi saya | Laman Web Kegemaran | Hubungi Saya

Enter supporting content here