Make your own free website on Tripod.com



Respiratori
Faktor-Faktor Penyebab Asma

Faktor-Faktor Penyebab Asma

Faktor-Faktor Penyebab Asma

Di antara faktor penyebab asma termasuklah:-

1. Faktor keturunan.

Pada asma ekstrinsik, faktor keturunan adalah cukup ketara. Biasanya salah seorang ataupun, kedua-dua ibubapa mempunyai penyakit seperti  ekzema, asma dan  resdung.

 2. Bahan alahan.

Bahan-bahan alahan di dalam rumah atau di tempat kerja, memainkan peranan utama dalam pencetus asma. Sumber bahan alahan adalah seperti kain bulu, serat kapas, permaidani, debu, kutu hama, debunga, bulu haiwan dan lain-lain lagi.

3. Serangga rumah.

Serangga rumah yang sering dikaitkan dengan alahan asma ialah lipas. Lipas yang mati menjadi kering dan kemudian hancur menjadi serbuk yang tersangat ringan untuk diapungkan oleh udara yang bergerak.

4. Pencemaran udara.

Pencemaran udara daripada asap rokok, asap kenderaan dan asap kilang juga  menjadi faktor penyakit asma.

 5. Senaman.

Senaman yang bertenaga seperti lumba lari, bola sepak dan seumpama dengannya merupakan pencetus penyakit asma.

6. Cuaca.

Udara sejuk dari kawasan pergunungan dan pendingin udara juga merupakan perangsang pada sesetengah pesakit.

Home

Bronkus | Trakea | Larinks | Paru - Paru & Laluan Udara | Hidung | Rawan | Farinks | Asma | Definasi Asma | Epidemiologi Asma | Pengkelasan Asma Berdasar Simptom | Ujian Fungsi Pulmonari | Faktor-Faktor Penyebab Asma | Gejala Asma | Pengawalan Asma | Merokok | Kandungan Asap Rokok | Spirometri | Keburukan Merokok | Keburukan Merokok Pada Orang Lain | Penagihan Rokok | Butir - butir peribadi saya | Laman Web Kegemaran | Hubungi Saya

Enter supporting content here