Respiratori
Merokok

Merokok Membahayakan Kesihatan

Rokok dan Manusia

Rokok dan Manusia

    Walaupun sejak 4 dekad yang lalu gejala merokok sudah diketahui umum, namun ramai di antara ahli masyarakat masih samar-samar tentang hakikat tersebut. Rokok merupakan suatu dadah yang merbahaya dan menjadi agen utama kepada berbagai-bagai penyakit. Terutamanya menyebabkan kematian akibat penyakit kanser paru-paru, bronkitis, emfisima, asma serta penyakit jantung.

 

            Merokok memainkan peranan utama dalam 90 % kematian yang disebabkan oleh kanser paru-paru, 75 % kematian yang disebabkan oleh bronkitis dan 10 % kematian disebabkan oleh penyakit jantung. Juga terdapat laporan yang menunjukkan tabiat merokok boleh mengurangkan jangka hayat seseorang sebanyak 4 tahun. Pada ketika ini, merokok bukan sahaja dianggap sebagai agen utama yang menyebabkan kanser paru-paru, tetapi juga kanser tekak, mulut dan saluran ke perut.

 

       Adalah dianggarkan bahawa dalam masa 3 dekad lagi lebih kurang 10 juta manusia akan mati setiap tahun akibat merokok. 70% daripada kematian ini berlaku di negara-negara membangun. Mengikut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. H. Nakajima, kematian yang sia-sia ini bolehlah dianggap sebagai satu keadaan kecemasan pada peringkat global dan berkehendakkan kepada satu tindakan yang amat berkesan.

Home

Bronkus | Trakea | Larinks | Paru - Paru & Laluan Udara | Hidung | Rawan | Farinks | Asma | Definasi Asma | Epidemiologi Asma | Pengkelasan Asma Berdasar Simptom | Ujian Fungsi Pulmonari | Faktor-Faktor Penyebab Asma | Gejala Asma | Pengawalan Asma | Merokok | Kandungan Asap Rokok | Spirometri | Keburukan Merokok | Keburukan Merokok Pada Orang Lain | Penagihan Rokok | Butir - butir peribadi saya | Laman Web Kegemaran | Hubungi Saya

Enter supporting content here