Respiratori
Ujian Fungsi Pulmonari

Ujian Fungsi Pulmonari

Ujian fungsi pulmonari bertujuan untuk mengukur kebolehan sistem respiratori menjalankan pertukaran gas dengan cara ventilasi, difusi dan ciri-ciri mekanikal sistem respiratori. Indifikasinya ialah untuk mengevaluasi jenis dan keparahan disfungsi pulmonari, menilai dispnea, bentuk dan simptom lain, pengesanan awal disfungsi paru-paru serta menilai tindakbalas pesakit terhadap terapi yang dijalani. Ujian ini dikontraindikasi untuk pesakit asma parah akut, distres respiratori, hemoptisis dan tuberkulosis aktif (Stauffer, 1996).

 

Ujian fungsi pulmonari menggunakan kaedah spirometri iaitu pengukuran keadaan aliran udara dan kapasiti vital paru-paru. Terdapat dua jenis disfungsi pulmonari yang dikesan oleh spirometri iaitu disfungsi obstruktif dan disfungsi restriktif. Disfungsi obstruktif disebabkan oleh penurunan kadar aliran udara. Ia berlaku pada pesakit asma, bronkitis, emfisima, bronkiolitis, fibrosis sistik dan obstruksi salur udara atas. Disfungsi restriktif  pula disebabkan oleh pengurangan isipadu paru-paru. Ia diakibatkan oleh infiltrasi pulmonari, penyakit pleura, penyakit dinding paru-paru, penurunan pergerakan diafragma dan penyakit neuromuscular.

 

Disfungsi obstruktif digred menurut pengurangan nisbah isipadu ekspiratori paksa dalam  1 saat (FEV 1) kepada kapasiti paru-paru (FVC). Nilai-nilai ini dibandingkan dengan nilai-nilai jangkaan yang diperolehi daripada kajian ke atas individu-individu normal dan berbeza mengikut jantina, usia dan tinggi (Stauffer,1996).

Home

Bronkus | Trakea | Larinks | Paru - Paru & Laluan Udara | Hidung | Rawan | Farinks | Asma | Definasi Asma | Epidemiologi Asma | Pengkelasan Asma Berdasar Simptom | Ujian Fungsi Pulmonari | Faktor-Faktor Penyebab Asma | Gejala Asma | Pengawalan Asma | Merokok | Kandungan Asap Rokok | Spirometri | Keburukan Merokok | Keburukan Merokok Pada Orang Lain | Penagihan Rokok | Butir - butir peribadi saya | Laman Web Kegemaran | Hubungi Saya

Enter supporting content here