Respiratori
Pengkelasan Asma Berdasar Simptom

Pengkelasan Asma Berdasar Simptom

Terdapat pelbagai jenis pengkelasan asma berdasarkan etiologi, status atopi dan simptom yang dihadapi oleh pesakit. Salah satu pengkelasan yang lazim digunakan membahagikan asma kepada dua jenis, iaitu asma ekstrinsik dan asma intrinsik (Wool cock, 1997; Terr, 1997).

 

Asma ekstrinsik juga dikenali sebagai asma alergi, atopi atau imunologi (Terr, 1997). Pesakit mendapat asma di zaman kanak-kanak atau zaman remaja dan didapati keluarga mereka turut mempunyai latar belakang atopi. Asma jenis ini dikaitkan dengan akibat pemekaan (sensitization) lapisan mukosa bronkus oleh antibodi tisu spesifik, iaitu daripada jenis IgE. Pendedahan kepada bahan alergik melalui pernafasan akan menyebabkan mediatur kimia yang bersifat vasoaktif (melebarkan   pembuluh darah melalui keradangan) dan bronkokonstritif (kekejangan otot-otot polos bronkus). Pesakit memberikan reaksi positif apabila menjalani ujian kutit.

 

Asma intrinsik juga dikenali dengan nama asma non alergik atau idiopatik. Ia juga dikenali sebagai asma cetusan dewasa kerana biasanya muncul selepas infeksi respiratori semasa dewasa. Asma jenis ini bukan disebabkan oleh kepekaan sistem kekebalan tubuh, tetapi berpunca dari rangsangan lansung akibat infeksi. Terdapat juga sesetengah individu yang telah pun mempunyai reaksi alergik terhadap sesuatu antigen semasa kecil tetapi hanya mempamerkan simptom asma setelah dewasa. Serangan asma tidak berkait langsung dengan musim debunga dan seringkali ujian kulit bagi alergin atopi adalah negatif.

 

Salah satu daripada pengkelasan yang dicadangkan oleh Woolcook pada tahun 1997 berdasarkan simptom yang dialami, penggunaan bronkhodilator, fungsi paru paru asas dan hiperreaktif saluran udara (airway hyperresponsiveness) atau pengukuran kadar aliran ekspiratori puncak (PEFR) selepas bangun daripada tidur selama semiggu.


 

 

Status Asmatik

 

Status asmatik ialah suatu keadaan serangan asma berat yang berterusan serta melampaui masa 24 jam setelah diberi rawatan asma yang standard dan mencukupi serta berterusan. Ini merupakan perubahan metabolik gas-gas darah sehingga mengakibatkan kegagalan sistem pernafasan pusat yang membawa kepada koma. Perlu dijelaskan juga, serangan asma berat secara tiba- tiba tanpa memperoleh rawatan segera juga dapat berakhir dengan kematian. Ventilator atau respirator bantuan digunakan sekiranya terjadi kegagalan fungsi pernafasan apabila pernafasan spontan dan teratur tidak dapat dilakukan oleh pesakit.

 

Serangan Asma

 

Ada tiga perkara penting yang terjadi semasa serangan asma iaitu keradangan, penimbunan lendir berkahak dan kekejangan otot-otot bronkus. Kemerahan terjadi di lapisan dalam saluran pernafasan pada peringkat bronkus. Warna merah itu disebabkan pembuluh-pembuluh darah melebar dan membawa lebih banyak darah ke kawasan yang diserang. Tindakan defensif ini adalah daripada sel-sel darah putih terutama daripada jenis eosinofil. Ini merupakan ciri khas keradangan jenis alergi. Pada amnya, pengeluaran lendir-lendir dalam keadaan normal membantu proses fisiologi pernafasan. Namun pada masa serangan asma, timbunan kahak yang banyak ditambah dengan hasil sisa kematian sel putih menyebabkan lubang saluran menjadi bertambah sempit. Timbunan kahak yang berkumpul ini, kemudiannya membentuk plug mukosal. Plug mukosal   bersama    kekejangan    otot polos  bronkus   bertindak

 

sebagai injap palsu  (pseudovalve). Ini mengakibatkan semasa hembusan udara keluar, ekspirasi menjadi sukar dan mengeluarkan bunyi bernada tinggi.

 

Home

Bronkus | Trakea | Larinks | Paru - Paru & Laluan Udara | Hidung | Rawan | Farinks | Asma | Definasi Asma | Epidemiologi Asma | Pengkelasan Asma Berdasar Simptom | Ujian Fungsi Pulmonari | Faktor-Faktor Penyebab Asma | Gejala Asma | Pengawalan Asma | Merokok | Kandungan Asap Rokok | Spirometri | Keburukan Merokok | Keburukan Merokok Pada Orang Lain | Penagihan Rokok | Butir - butir peribadi saya | Laman Web Kegemaran | Hubungi Saya

Enter supporting content here